Dalam 16 hari melihat 6 buah projek Bosch di 3 benua.

Dapati Tekonologi Bosch di seluruh dunia.

Bosch World Experience telah menunjukkan bahawa Bosch adalah sebahagian daripada projek gergasi yang menarik. Mari ikutilah pengalaman daripada Explorer Bosch dalam perjalanan mereka dan sila simak bagaimana teknologi Bosch digunakan pada perhentian berkenaan.

London, Eropa

Bosch di London

Tempoh perjalanan: 07/20-07/23

London benar-benar adalah sebuah bandar yang penuh kontras: di sinilah kebudayaan masa lalu yang kaya bertembung dengan masa kini yang moden meriah yang membantu London menjadi salah sebuah tarikan pelawat yang terbesar di dunia. Tetapi hanya sedikit orang yang tahu bahawa baik di sebalik bangunan tua yang terkenal mahupun yang futuristik serta roda Ferris yang terbesar di Eropah tersembunyi teknologi Bosch.
br/> Pada tahun 1889 yang silam Robert Bosch menubuhkan pejabat asing yang pertama di London untuk menjual produk Bosch di UK. Ia dalah langkah pertama menjadi sebahagian daripada pelbagai simbol ibu negara yang terkenal di dunia – termasuk mercu tanda seperti Tower Bridge, Wembley Stadium dan London Eye.

Saat-saat yang paling indah di London.

Lihatlah apa yang membuat Amy begitu mengagumi Jim Malin, seorang pakar Bosch di tempat kegiatan dan dapatilah saat-saat yang paling disukai oleh Roy dan Hong Khai di London.

Mulakan filem

Laporan petualangan tentang London.

Penasaran pengalaman apa saja yang didapat oleh para Explorer di London? Silahkan baca kisah petualangan mereka di London di Blogumentary.

Klik untuk laporan kembara di London
buttons.play_video
buttons.play_video

60 saat dari London.

Lihatlah puncak pada perhentian pertama dan perjalanan di atas dan di bawah Tower Bridge.

Mulakan filem

3 hal mengenai Tower Bridge.

Mari saksikan kisah Jim Malin, seorang pegawai Bosch Rexroth, bagaimana dan di mana teknologi Bosch digunakan di sekitar Tower Bridge.

Mulakan filem
buttons.play_video

Panama, Central America

Bosch di Panama

Tempoh perjalanan: 07/23-07/26

Untuk beberapa abad ia seolah-olah seperti impian yang tidak boleh tercapai: penghubungan Lautan Atlantik dan Pasifik dengan sebuah terusan melalui rimba Panama. Pada 1880, projek Terusan Panama bermula, barulah selepas 30 tahun pembinaan dengan berbagai kesukaran, 82 km laluan air akhirnya dibuka pada 1914 – sebuah kemenangan bagi perkapalan dan perniagaan dunia. Akhirnya, laluan laut dari New York ke San Francisco dipendekkan sekitar 25,000 kepada kira-kira 10,000 kilometer oleh terusan berkenaan, sehingga masa perjalanan dikurangkan kepada kira-kira tiga minggu pada kelajuan kapal 15 knot.

Hari ini, apabila kapal menyeberangi benua, Bosch adalah sebahagian daripadanya. Pada asalnya pintu bilik kunci dikendalikan dengan pemacu mekanikal. Tetapi pada 2010, Bosch Rexroth, mengganti pemacu lama dengan 158 unit kuasa hidraulik dan silinder pemacu dan telah meningkatkan kecekapan serta fungsionaliti yang lebih baik sejak itu.

buttons.play_video

Saat-saat yang paling indah di Panama.

Peninjauan ke dalam reka bentuk dan kejuruteraan Terusan Panama adalah sangat menakjubkan bagi Luiz. Apa yang paling mempesonakan bagi Bosch Explorer Yanru dan Tolgay?

Mulakan filem

Kisah perjalanan tentang Panama.

Anda ingin mengetahui secara terperinci dan memahami semua hal yang dialami oleh Bosch Explorer? Sila baca laporan tentang Panama dalam Blogumentary.

Klik untuk laporan tentang Panama

60 saat dari Panama.

Melalui sebuah ringkasan anda dapat melihat, apa daripada Terusan Panama gergasi itu yang terutama telah menimbulkan kekaguman Bosch Explorer.

Mulakan filem
buttons.play_video
buttons.play_video

3 hal mengenai Terusan Panama.

Bagaimana teknologi Bosch setiap hari memastikan bahawa kapal pada hari ini dan pada masa akan datang dapat melintasi satu antara laluan air yang paling hebat di dunia? Roman Koshcheev, pegawai kami di tempat itu akan menghuraikannya kepada anda.

Mulakan filem

San Francisco, North America

Bosch di San Francisco

Tempoh perjalanan: 07/26-07/29

Hanya dalam masa 150 tahun, Shanghai telah berkembang daripada sebuah pelabuhan dengan sekitar 150,000 orang penduduk menjadi satu antara kelompok bandar terbesar di dunia. Dan masih terus berkembang. Setiap jam penduduk bandar ini bertambah seramai 32 orang. Iaitu menjadi 768 orang penduduk sehari atau 5376 dalam satu minggu, 21,504 orang setiap bulan dan sebagainya… Kini Shanghai adalah satu antara hanya 60 bandar di dunia, yang mempunyai lebih daripada tiga juta orang penduduk. Ruang untuk membina bukan sahaja berkurangan di sini, tetapi juga mahal. Kekurangan ruang nampaknya hanya menunjukkan satu jalan keluar dari dilemma ini: ke atas. Seluruh kawasan bandar harus dibina menegak, sebagaimana “Shanghai Tower”.

World Financial Center (WFC) yang berdiri berdekatan, secara harfiah adalah satu pencapaian yang menjulang tinggi: apabila anda melawat, anda akan dapat menikmati pemandangan dari platform peninjauan yang terletak 474 m di atas tanah. WFC yang tersergam 492 meter bukan sahaja satu antara bangunan yang tertinggi melainkan juga salah satu yang paling selamat di dunia. Memandangkan 101 lantainya menyediakan tempat bagi kedai, hotel, pangsapuri, ruang pejabat serta pusat persidangan, keselamatan adalah keutamaan mutlak ketika membina WFC. Bangunan ini memerlukan peringkat teknologi, sistem komunikasi awam digital dan sistem pemindahan yang andal – tugas yang paling baik /ideal bagi Bosch.

Saat-saat yang paling indah di San Francisco.

Tentu sahaja kereta yang bergerak secara automatik telah meninggalkan kesan. Hal apa lagi yang membuat Explorer kami di Palo Alto dan San Francisco kagum, akan dikongsikan dalam saat-saat mereka yang paling indah.

Mulakan filem

Laporan perjalanan tentang San Francisco.

Anda pun berminat untuk mengalami San Francisco dan Palo Alto dalam perspektif Bosch Explorer? Sila baca laporan kembara tentang San Francisco dalam Blogumentary.

Klik untuk kisah kembara San Francisco
buttons.play_video
buttons.play_video

60 saat dari San Francisco.

Bagaimana lawatan dengan e-basikal bukan hanya menarik melainkan juga mudah dan bagaimana mengagumkannya sebuah kereta yang dapat bergerak sendiri bagi Bosch Explorer? Sila anda lihat sendiri.

Mulakan filem

3 hal mengenai memandu secara automatik.

Shilpa Gulati, satu antara pegawai Bosch di Palo Alto, menceritakan dalam video ini teknologi mana yang membolehkan pemanduan automatik dan apa maknanya untuk masa hadapan.

Mulakan filem
buttons.play_video

Shanghai, Asia

Bosch di Shanghai

Tempoh perjalanan: 07/30-08/02

Bayangkan: anda membaca meter kelajuan kereta anda menunjukkan 100 kilometer sejam, tetapi dengan mudah anda boleh menggerakkan tangan daripada stereng semasa anda sedang memandu di lebuh raya dari San Francisco ke Palo Alto. Seolah-olah ada tenaga magik, kereta anda tiba-tiba memecut, mendahului kereta lain dan masuk ke jalur semula. Roda stereng beralih dengan sendirinya. Monitor yang besar di dalam kereta menunjukkan bagaimana kereta mengimbas persekitaran: blok yang kuning besar melambangkan kereta di sekeliling anda, segi empat putih kecil menggambarkan tanda-tanda jalan raya dengan had laju.

Bagi ketua pemaju Jan Becker di Palo Alto, California visi ini sudah menjadi realiti. Beliau duduk di dalam prototaip beliau, stesen wagon berwarna biru gelap di landasan ujian dan sedang berlumba ke arah pengembangan kereta yang sangat automatik dalam masa dekat. Bebas kemalangan memandu adalah satu antara objektif utama bagi Bosch.

buttons.play_video

Saat-saat yang paling indah di Shanghai.

Sama ada pandangan dari ketinggian 474 m , teknologi keselamatan Bosch ataupun bilik dalam hotel mewah Park Hyatt yang terpadu - World Financial Center Shanghai adalah kemuncak bagi Tolgay. Dan apa yang dialami oleh Amy dan Yanru?

Mulakan filem

Laporan kembara mengenai Shanghai.

Anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pengalaman Bosch Explorer di Megacity Asia? Sila baca laporan kembara mengenai Shanghai.

Klik untuk laporan mengenai Shanghai

60 saat dari Shanghai.

Di World Financial Center sistem Bosch memastikan keselamatan yang maksimum. Tetapi juga pandangan yang sangat mempesonakan dari beberapa ratus meter ke atas bandar raya Shanghai adalah kemuncak sebenar.

Mulakan filem
buttons.play_video
buttons.play_video

3 hal mengenai World Financial Center.

Kevin Xu bekerja pada Bosch di Shanghai dan mendedahkan dalam video, bagaimana sistem Bosch yang kompleks memastikan keselamatan dalam World Financial Center dan dalam Menara Shanghai yang lebih tinggi lagi.

Mulakan filem

Singapore, Asia

Bosch di Singapura

Tempoh perjalanan: 08/02-08/04

Pada tahun 2011, Singapura menjadi bandar utama yang pertama di dunia untuk memulakan projek perintis mobiliti elektrik komprehensif daripada Bosch. Projek berskala besar yang unik ini bermatlamat menjawab soalan: bagaimana teknologi pemacu yang baru dapat disepadukan ke dalam infrastruktur lalu lintas dan kuasa yang sedia ada? Mengambil kira bahawa terdapat lebih daripada satu juta kenderaan yang bergerak pada 3,400 kilometer jalan dalam sebuah bandar yang hampir tidak lebih besar daripada New York. Pemerintah bandar itu menyedari bahawa mobiliti elektrik memerlukan lebih daripada sekadar beberapa tempat caj di sepanjang jalan. Lain-lain faktor penting termasuk pendekatan kepada pemandu yang membayar untuk penggunaan infrastruktur, dan bilangan jumlah tempat caj yang tersedia.

Bosch Software Innovations, syarikat sistem Bosch Group ditugaskan untuk menangani berbagai cabaran ini. Pakar-pakar Teknologi Maklumat memperkembangkan sebuah platform perisian yang membolehkan pemandu untuk mencari tempat caj yang paling dekat dengan telefon pintar atau tablet, serta juga untuk menentukan sama ada tempat caj berkenaan boleh digunakan atau tidak. Para pakar harus memastikan bahawa pelbagai teknologi dan tempat caj dapat dirangkaikan dengan platform. Sepanjang projek perintis mobiliti elektrik ini juga diuji pengecas cepat yang boleh mengecas bateri hingga 80 peratus selama kira-kira sejam .

buttons.play_video

60 saat dari Singapura.

Bagaimana Singapura menggelorakan semangat dan bagaimana perjalanan di dalam kenderaan yang mampan cekap boleh berdampak kepada Explorer? Sila saksikan dalam filem ini.

Mulakan filem

3 hal mengenai mobiliti elektrik.

Biarlah Thomas Jakob memberi tinjauan ke dalam mobiliti elektronik serta jaringan manusia dan alat elektronik yang berkaitan. Beliau bekerja untuk Bosch di Singapura dan tidak dapat dihalang apabila bercakap mengenai topik ini.

Mulakan filem
buttons.play_video

Berlin, Europe

Bosch di Berlin

Tempoh perjalanan: 08/04-08/06

Grand Final kami diraikan di Berlin, ibu negara dari negara asal Bosch serta lokasi daripada sebuah yayasan yang sangat penting: Yayasan Robert Bosch. Ia bukan sahaja sebuah yayasan yang bekerja untuk mencapai matlamatnya dengan programnya sendiri, melainkan juga yayasan penyandang dana yang memberi peluang kepada fihak lain untuk mengembangkan dan mengamalkan pelbagai projek dan inisiatif yang memenuhi keperluan sosial di Jerman mahupun di luar negara.

Yayasan Robert Bosch adalah salah satu dari yayasan yang terbesar di Eropah yang berkaitan dengan sebuah syarikat swasta. Ia melabur sekitar 70 juta Euro setiap tahun untuk menyokong kira-kira 800 projeknya sendiri mahupun projek fihak ketiga dalam bidang hubungan antarabangsa, pendidikan, masyarakat dan budaya di samping kesihatan dan sains. Sejak ditubuhkan pada tahun 1964 yang silam, yayasan telah mengamalkan lebih daripada 1.2 bilion Euro untuk aktiviti kebajikan.

60 saat dari Berlin.

Selepas 16 hari perjalanan bersama, perpisahan di Berlin terasa sangat emosional. Langsir disingkap selama 60 saat dalam acara kemuncak akhir!

Mulakan filem
buttons.play_video
buttons.play_video

3 hal mengenai Yayasan Robert Bosch.

Sandra Breka memberikan tinjauan yang menarik ke dalam spektrum luas yang ditumpukan kepada kakitangan Yayasan dan dengan demikian meneruskan asas hayat daripada Robert Bosch hingga masa kini.

Mulakan filem

Blogumentary

6 orang Bosch Explorer. 3 benua. 1 Blogumentary yang unik.

Blogumentary mengenai Bosch World Experience 2014 adalah laporan kembara multi media. Ia dipenuhi dengan kisah yang menarik dari pelbagai saluran media sosial serta tanggapan daripada rangkaian yang dikumpulkan oleh 6 orang Explorer pada setiap destinasi dalam mesyuarat editorial bersama. Sila membacanya dan membayangkan perjalanan berkenaan.

Klik untuk Blogumentary

Bosch Explorer

Bintang-bintang Bosch World Experience 2014.

Beribu-ribu orang dari seluruh dunia telah mengikuti perjalanan 6 orang Bosch Explorer. Mereka díkenali semula, ramai meminta gambar daripada mereka dan di pelbagai tempat mereka menimbulkan kegemparan. Di sini anda akan mendengar lebih lanjut mengenai para tokoh Bosch World Experience 2014 yang telah memperkaya perjalanan keliling dunia yang unik ini dengan humor, kepakaran serta watak mereka.

Klik untuk mengetahui lebih lanjut

Satu tagar. Banyak informasi.

Find out more about the Bosch World Experience. Simply use the hashtag.

#ExperienceBosch

Bosch dalam rangkaian sosial

Kami adalah Bosch

Apa yang dimaksud dengan bekerja untuk Bosch.

Di Bosch, tidak ada perbedaan dalam hal kerjasama. Lebih daripada 280.000 karyawan bekerja sekuat tenaga setiap hari dan mengembangkan ide dan inovasi di seluruh dunia. Mari mengenali lebih lanjut beberapa orang dari mereka dengan mendengarkan apa yang dapat mereka kisahkan mengenai pekerjaan mereka yang menarik dan apa yang begitu mempesonakan pada projek mereka

Klik untuk mengetahui lebih lanjut